
Muqaddimah ini ditulis oleh saudara beliau penulis Islam terkemuka di akhir abad ini iaitu al-Ustaz al-kabir Muhammad Qutb1 dan dalam muqaddimah ini beliau telah mendedahkan beberapa salah faham yang ditimbulkan oleh pembaca-pembaca yang tidak menghayati karangan Sayyid Qutb secara menyeluruh atau membacanya secara tebuk-tebukan di sana sini lalu membuat kesimpulan-kesimpulan yang gopoh dan zalim yang mencemari persepsi beliau yang sebenar tanpa usaha menyelaras dan mensepadukannya dengan keterangan-keterangan beliau yang lain di tempat-tempat yang lain untuk mendapatkan satu persepsi yang betul yang dikehendaki beliau atau salah faham dan fitnah yang sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh Islam yang begitu ghairah semasa hayat beliau untuk menghapuskan beliau dan memburuk-burukkan pemikiran Islamiyahnya
yang tegas dan murni.
Semoga muqaddimah ini menjadi garis panduan yang penting kepada para pembaca apabila menemui sesuatu ungkapan dalam Fi Zilal atau lainnya yang sekali imbas mendorong ke arah kesimpulankesimpulan yang melulu. Dengan pembacaan dan penelitian yang sedemikian hemat dapat menghindarkan pembaca dan kemungkinankemungkinan terperangkap dalam tompokan tompokan buih yang tidak dimaksudkan yang terjana dalam curahan arus pemikiran Sayyid Qutb yang begitu meluas dan mendalam. Penterjemah.
Download Here
You are Here: Home > Tafsir Fi Zilalil Quran
23.6.10
Tafsir Fi Zilalil Quran
Labels: Buku-Buku islami











0 comments:
Post a Comment